Aktiviti 1-murid lemah
1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan dua buah bekas yang tidak sama saiz.(botol mineral 1L dipenuhkan dan
besen 4L diisi separuh )
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas
yang manakah mengandungi air yang banyak.
( murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral lebih banyak kerana paras air lebih tinggi )
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat isipadu air dalam botol dan dalam besen tadi.dan mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak (apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda
yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.
8. Murid-murid diminta mencuba aktiviti yang sama dalam kumpulan menggunakan beberapa
bahan lagi untuk membezakan kuantiti air yang terkandung di dalamnya iaitu " Yang manakah
mempunyai isipadu air yang banyak?" seperti di di bawah;
a) 2 biji botol mineral dengan 1/2 jug air = _______________________________
b) minuman kotak dengan botol air = ______________________________
c) botol air dengan jug air = ______________________________
Aktiviti 2 -murid pandai
1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan dua buah bekas yang tidak sama saiz.
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas
yang manakah boleh mengisi air yang banyak.(murid menganggar)
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat air dan diisi dalam botol dan dalam besen ,murid merekod dalam jadual dan membuat kesimpulan .(mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
Murid menyatakan bahawa
"isipadu air dalam besen lebih banyak kerana besen dapat mengisi sebanyak 3L air berbanding botol yang hanya boleh mengisi 1L."
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda
yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.aktiviti boleh diteruskan dengan bekas yang berlainan .
Bagi murid pandai ,alat piawaian lebih sesuai digunakan untuk menyukat kuantiti air manakala bagi murid yang lemah adalah lebih sesuai menggunakan alat bukan piawaian .
No comments:
Post a Comment