MATHEMATICS YEAR 2

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES



HBMT 1203 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO ROHAYU BINTI ABD.RANI



771205-02-6278



( SEMESTER SEPTEMBER 2010 )



Penghargaan



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat juga akhirnya saya menyiapkan dan menghasilkan tugasan ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Matematik yang terlibat , atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh tugasan ini . Banyak input yang diberikan terhadap penghasilan tugasan ini . Tanpa tunjuk ajar beliau, saya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan –rakan seperjuangan yang disayangi atas sokongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, tentu sukar untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan penghasilan tugasan ini .



Terima kasih ,



ROHAYU BT ABD RANI



771205-02-6278







ISIPADU CECAIR TAHUN 2



Setiap hari kita akan menggunakan unit ukuran dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah ukuran panjang, timbangan berat ataupun ukuran yang berkaitaan dengan isipadu cecair. Pengetahuan tentang unit ukuran ini ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik Sekolah Rendah iaitu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).















Tajuk pengukuran lebih banyak memerlukan aktiviti fizikal seperti mengukur objek, seperti panjang atau pendek, tinggi atau rendah, berat atau ringan, atau banyak atau sedikit kapasiti sesuatu bekas. Aktiviti-aktiviti fizikal seperti ini membolehkan para pelajar memahami konsep ukuran dan juga konsep nombor.















Topik utama yang dibahaskan dihalaman ini ialah tentang pengukuran Isipadu Cecair . Langkah pertama dalam aktiviti mengukur isipadu cecair ialah tentang apa yang hendak diukur. Bagi murid-murid sekolah pada umur 7 hingga 8 tahun, adalah sukar bagi mereka untuk memahami konsep pengukuran isipadu cecair. Oleh yang demikian ,2 tayangan video telah di edit untuk memudahkan dan menjelaskan lagi tentang bagaimana ke salah fahaman ini terjadi.Kemudian beberapa ABM telah dikenalpasti untuk digunakan bagi memastikan konsep tentang keabadian cecair dapat difahami oleh murid.Cara penggunaan ABM juga ditunjukkan sebagai panduan bersama.mudah-mudahan ianya mendatangkan manfaat kepada semua....







Sunday, November 21, 2010

permasalahan kajian -



Video menunjukkan bagaimana ketinggian mempengaruhi kuantiti isipadu bagi seorang murid.

Bagaimana mengukur isipadu cecair dengan cara yang betul.


Video diatas menunjukkan bagaimana isipadu cecair diukur.

1.letakkan silinder penyukat diatas meja yang berpermukaan rata ,dan tuangkan air dengan cermat.
2.Bacaan boleh dilihat pada silinder penyukatdimana unit untuk menyukat isipadu cecair ialah l dan Ml.
  paras mata mestilah sama aras dengan takat air (meniskus).

ABM 2 -alat piawaian (silinder penyukat )









Aktiviti 1-murid lemah

1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan  dua buah bekas yang tidak sama saiz.(botol mineral  1L dipenuhkan dan
    besen  4L diisi separuh )
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas 
    yang manakah mengandungi air yang banyak.
( murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral lebih banyak kerana paras air lebih tinggi )
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat isipadu air dalam botol dan dalam besen tadi.dan mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak (apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda 
    yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.
8. Murid-murid diminta mencuba aktiviti yang sama dalam kumpulan menggunakan beberapa 
   bahan lagi untuk membezakan kuantiti air yang terkandung di dalamnya iaitu " Yang manakah 
   mempunyai isipadu air yang banyak?" seperti di di bawah;


a) 2 biji botol mineral dengan 1/2 jug air = _______________________________
b) minuman kotak dengan botol air = ______________________________
c)  botol air dengan jug air = ______________________________






Aktiviti 2 -murid pandai

1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan  dua buah bekas yang tidak sama saiz.
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas 
    yang manakah boleh mengisi air yang banyak.(murid menganggar)
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat air  dan  diisi dalam botol dan dalam besen ,murid merekod dalam jadual dan membuat kesimpulan .(mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
Murid menyatakan bahawa

"isipadu air dalam besen lebih banyak kerana besen dapat mengisi sebanyak 3L air berbanding botol yang hanya boleh mengisi 1L."

7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda 
    yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.aktiviti boleh diteruskan dengan bekas yang berlainan .

Bagi murid pandai ,alat piawaian lebih sesuai digunakan untuk menyukat kuantiti air  manakala bagi murid yang lemah adalah lebih sesuai menggunakan alat bukan piawaian .

AMB 1-Alat bukan piawaian

ABM 1- Alat bukan piawaian  















Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian

Tugasan HBMT 1203 1.0 PENGENALAN hingga

Isipadu cecair
 Isipadu cecair  ialah  kapasiti cecair dalam bekas. Cecair tiada bentuk yang tersendiri ,  Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Kapasiti cecair  dapat diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (anggaran) dan dalam unit piawai  iaitu dalam milimeter (ml) dan liter (l)  dalam sistem metrik .Alat untuk mengukur cecair ialah silinder dan bikar.

Salah  konsep  tentang isipadu cecair.
Salah konsep  tentang isipadu cecair  seringkali  timbul di kalangan pelajar  didalam memahami tajuk isipadu cecair , terutama ketika membandingkan kapasiti antara dua bekas yang berlainan saiz . Pelajar sering membuat perbandingan pada lebih besar berbanding dengan kapasitinya, ini terjadi kerana ramai murid mempunyai  konsep tinggi tetapi  tidak memahami konsep kapasiti. Ramai murid sekolah lebih mengetahui pengukuran dari segi ketinggian dan rendah bekas. Mereka akan menganggap bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah. Walaupun sebenarnya bekas rendah mempunyai kapasiti isipadu yang lebih banyak.  Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara yang paling asas dan mudah.


                                               Alat Bantu Mengajar .
Sebagai seorang guru yang bertanggung jawab untuk mengajar matematik untuk  Tahun dua , sangat penting untuk  memastikan aktiviti  P&P  yang  dijalankan adalah memberansangkan dan menarik minat  . Dalam  menerangkan konsep isipadu cecair  , beberapa aktiviti  telah dipilih untuk menerangkan konsep ini berbantukan ABM yang telah dipilih .Pengendalian aktiviti menggunakan ABM yang  dikenalpasti  akan dibincangkan secara terperinci .   
Mengikut Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan. guru haruslah bijak dalam pemilihan ABM. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah .
Diharap dengan terhasilnya tugasan ini ,ia dapat memberi panduan kepada guru untuk memantapkan lagi teknik pengajaran konsep isipadu cecair  dalam matapelajaran matematik ditahun   dua .

                                               Alat bantu mengajar yang digunakan                                          
Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan kajian tentang  Isipadu cecair , sebagai contoh, minta murid isikan  atau menuangkan air untuk melihat bekas manakah yang boleh  menyimpan lebih banyak cecair dan sebaliknya. Sebagai permulaan ,penggunaan unit yang sesuai ialah unit bukan piawai  iaitu “lebih banyak” dan “lebih sedikit”.setelah murid memahami konsep ini bolehlah diteruskan dengan istilah  “penuh” , “kosong”dan “separuh penuh” dengan menggunakan alatan seperti botol-botol kosong,tin,cawan dan bekas-bekas yang terdapat disekitar kawasan rumah murid .

                              ABM 1  :ABM - Alat bukan piawaian                                          


Gelas










 botol mineral












Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat mengukur dan membandingkan isipadu cairan dengan uni tbukan piawaian benar.

Pengetahuan sedia ada :Murid telah  belajar bagaimana untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah selama pelajaran sebelumnya mereka semasa belajar bilangan bulat.

ABM :Botol mineral dan botol susu pelbagai saiz, air berwarna,mug,mangkuk,baldi,gelad dan cawan .

 
Aktiviti 1 : kumpulan murid lemah.


1.                1.  Guru menunjukkan gambar dua biji botol susu yang sama saiz dengan isipadu yang berbeza.




2.       2. Murid meneka dan menyatakan botol yang mempunyai lebih banyak air.
3.         Murid mendapatkan jawapan dengan melihat susu pada botol yang ditunjukkan .
        (guru memperkenalkan “ lebih banyak” dan “lebih sedikit”)
4.   
  3.   3.Murid menyatakan dalam bentuk ayat:
        “ botol B “lebih banyak”susu dari botol A
5.          Aktiviti ini diulang dengan menunjukkan gambar alatan yang lain  .
6.      4. Guru kemudian menunjukkan dua buah bekas yang berbeza,dan menanyakan murid tentang isipadu cecair dalam bekas.






   


   

    

botol dengan besen

7.        5. Guru bertanyakan tentang  perbandingan isipadu air dalam  botol mineral  dan besen Murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral adalah “lebih banyak” ( kerana lebih tinggi).
8.        6. Guru memanggil murid untuk mengukur kandungan air menggunakan gelas dan menyatakan bilangan gelas bagi botol mineral dan  besen tadi. Dan mencatatnya di jadual yang tersedia.


Bekas

Bilangan gelas air

botol mineral





 mangkuk








9.    7. Murid menyatakan bahawa   besen mengandungi lebih banyak air berbanding botol mineral.
10.  8. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan menyukat bilangan kandungan air bagi setiap stesen yang disediakan menggunakan cawan dan mangkuk kecil , Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain mengikut arah putaran jam.
11.    9. Murid perlu mencatatkan jumlah  yang diukur di dalam lembaran kerja 1 dan memutuskan bekas mana yang mempunyai lebih banyak isipadu cecair.

bekas

Bil gelas air

Bil mangkuk air

Bil cawan air

Bil mug air

Besen





Botol mineral





·                     Isipadu air dalam besen ialah_________________.
·                     Isipadu air dalam botol mineral ialah________________.
·                     Bekas ____________mengandungi Isipadu air  yang lebih daripada bekas_____________.

12.  10.       Setelah selesai wakil kumpulan akan membentangkan keputusan merekadan menyatakan bekas yang mengandungi lebih banyak isipadu cecair berdasarkandapatan .

13.         Murid diedarkan lembaran kerja .

Aktiviti 2 : Kumpulan murid pandai .

1.Guru menunjukkan gambar lima  buah bekas yang tidak sama saiz dan minta murid menyusun mengikut isipadu yang lebih banyak .(bekas yang berlainan ketinggian )

2. Murid menyusun dan melabel sebagai bekas A,B,C,D dan E.

3.  Setiap kumpulan  diberi alat pengukur iaitu gelas.

4. Setiap kumpulan akan mencatatkan jumlah gelas air  yang diperlukan untuk  diisi dalam setiap bekas  yang diberikan.Murid mencatat jumlahnya.

Bekas

Jumlah air(gelas)
A

B

C

D

E




5. Kemudian, mintalah murid  untuk membincangkan penemuan mereka .dan menyusun semula bekas mengikut isipadu cecair yang lebih banyak .
6.Guru memberitahu murid ,  bahawa isipadu  cecair akan ditentukan berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas lebih banyak jumlah air yang diperlukan untuk memenuhkannya ketinggian air tidak mempengaruhi  isipadu sebaliknya bekas .


 

Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian
A                                                 BM 2 :alat piawai (silinder penyukat)









Aktiviti 1-murid lemah

1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan  dua buah bekas yang tidak sama saiz.(botol mineral  1L dipenuhkan dan
    besen  4L diisi separuh )
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas 
    yang manakah mengandungi air yang banyak.
( murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral lebih banyak kerana paras air lebih tinggi )
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat isipadu air dalam botol dan dalam besen tadi.dan mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak (apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda 
    yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.
8. Murid-murid diminta mencuba aktiviti yang sama dalam kumpulan menggunakan beberapa 
   bahan lagi untuk membezakan kuantiti air yang terkandung di dalamnya iaitu " Yang manakah 
   mempunyai isipadu air yang banyak?" seperti di di bawah;


a) 2 biji botol mineral dengan 1/2 jug air = _______________________________
b) minuman kotak dengan botol air = ______________________________
c)  botol air dengan jug air = ______________________________





     
A     aktiviti 2 -murid pandai

1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan  dua buah bekas yang tidak sama saiz.
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas 
    yang manakah boleh mengisi air yang banyak.(murid menganggar)
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat air  dan  diisi dalam botol dan dalam besen ,murid merekod dalam jadual dan membuat kesimpulan .(mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
Murid menyatakan bahawa

"isipadu air dalam besen lebih banyak kerana besen dapat mengisi sebanyak 3L air berbanding botol yang hanya boleh mengisi 1L."

7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda 
    yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.aktiviti boleh diteruskan dengan bekas yang berlainan .

Bagi murid pandai ,alat piawaian lebih sesuai digunakan untuk menyukat kuantiti air  manakala bagi murid yang lemah adalah lebih sesuai menggunakan alat bukan piawaian .
ak
Rumusan  
Untuk memahami topik ini pelbagai bahan dan alat boleh menggunakan pelbagai jenis bahan buangan seperti botol mineral, bekas isi makanan dan botol-botol lain yang mudah didapati di sekeliling murid sebagai bahan bantu mengajar. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pasti dapat membantu pelajar dan seterusnya mengatasi masalah yang selalu dihadapi oleh murid dalam topik isipadu cecair. Murid akan dapat membanding dan mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.




Rujukan :

Mok Soon Sang .( 2003 ).A primary Education course in Mathematics for post graduate  
                diploma(K.P.L.I ). :kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Subang Jaya .

Sharipah Ab .Rahman ,Nor Hawan Misran,Rubaidah Ismail,Murugiah Velayuthiam(2009)
.         HBMT 1103 Introduction to Mathematics Education .Meteor Doc Sdn.Bhd.Selangor

Liew Su Tim, Chan juat Eng. (2003). Mathematik Textbook Part 2 Year Two. Johor : YPJ
          Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Liew Su Tim, Chan juat Eng. (2003). Mathematik Activity Book Part 2 Year Two. Johor
         :    YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Murugiah s/o velayutham, kao Thuan Keat.. (2010). HBMT2103 Teaching Mathematic In
           Year Two. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003).  Huraian Sukatan Pelajaran Mathematik Tahun 2.
          Kementerian Pelajaran

4.   http://www.youtube.com/watch?v=nGTC1lkon_I&feature=related