Isipadu cecair
Isipadu cecair ialah kapasiti cecair dalam bekas. Cecair tiada bentuk yang tersendiri , Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Kapasiti cecair dapat diukur dengan menggunakan unit bukan piawai (anggaran) dan dalam unit piawai iaitu dalam milimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik .Alat untuk mengukur cecair ialah silinder dan bikar.
Salah konsep tentang isipadu cecair.
Salah konsep tentang isipadu cecair seringkali timbul di kalangan pelajar didalam memahami tajuk isipadu cecair , terutama ketika membandingkan kapasiti antara dua bekas yang berlainan saiz . Pelajar sering membuat perbandingan pada lebih besar berbanding dengan kapasitinya, ini terjadi kerana ramai murid mempunyai konsep tinggi tetapi tidak memahami konsep kapasiti. Ramai murid sekolah lebih mengetahui pengukuran dari segi ketinggian dan rendah bekas. Mereka akan menganggap bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah. Walaupun sebenarnya bekas rendah mempunyai kapasiti isipadu yang lebih banyak. Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara yang paling asas dan mudah.
Alat bantu mengajar yang digunakan
Alat Bantu Mengajar .
Sebagai seorang guru yang bertanggung jawab untuk mengajar matematik untuk Tahun dua , sangat penting untuk memastikan aktiviti P&P yang dijalankan adalah memberansangkan dan menarik minat . Dalam menerangkan konsep isipadu cecair , beberapa aktiviti telah dipilih untuk menerangkan konsep ini berbantukan ABM yang telah dipilih .Pengendalian aktiviti menggunakan ABM yang dikenalpasti akan dibincangkan secara terperinci .
Mengikut Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan. guru haruslah bijak dalam pemilihan ABM. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah .
Diharap dengan terhasilnya tugasan ini ,ia dapat memberi panduan kepada guru untuk memantapkan lagi teknik pengajaran konsep isipadu cecair dalam matapelajaran matematik ditahun dua .
Alat bantu mengajar yang digunakan
Menggunakan perbandingan langsung adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan kajian tentang Isipadu cecair , sebagai contoh, minta murid isikan atau menuangkan air untuk melihat bekas manakah yang boleh menyimpan lebih banyak cecair dan sebaliknya. Sebagai permulaan ,penggunaan unit yang sesuai ialah unit bukan piawai iaitu “lebih banyak” dan “lebih sedikit”.setelah murid memahami konsep ini bolehlah diteruskan dengan istilah “penuh” , “kosong”dan “separuh penuh” dengan menggunakan alatan seperti botol-botol kosong,tin,cawan dan bekas-bekas yang terdapat disekitar kawasan rumah murid .
ABM 1 :ABM - Alat bukan piawaian
Gelas
botol mineral
Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat mengukur dan membandingkan isipadu cairan dengan uni tbukan piawaian benar.
Pengetahuan sedia ada :Murid telah belajar bagaimana untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah selama pelajaran sebelumnya mereka semasa belajar bilangan bulat.
ABM :Botol mineral dan botol susu pelbagai saiz, air berwarna,mug,mangkuk,baldi,gelad dan cawan .
Gelas
botol mineral
Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat mengukur dan membandingkan isipadu cairan dengan uni tbukan piawaian benar.
Pengetahuan sedia ada :Murid telah belajar bagaimana untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah selama pelajaran sebelumnya mereka semasa belajar bilangan bulat.
ABM :Botol mineral dan botol susu pelbagai saiz, air berwarna,mug,mangkuk,baldi,gelad dan cawan .
Aktiviti 1 : kumpulan murid lemah.
1. 1. Guru menunjukkan gambar dua biji botol susu yang sama saiz dengan isipadu yang berbeza.
2. 2. Murid meneka dan menyatakan botol yang mempunyai lebih banyak air.
3. Murid mendapatkan jawapan dengan melihat susu pada botol yang ditunjukkan .
(guru memperkenalkan “ lebih banyak” dan “lebih sedikit”)
4.
3. 3.Murid menyatakan dalam bentuk ayat:
“ botol B “lebih banyak”susu dari botol A
5. Aktiviti ini diulang dengan menunjukkan gambar alatan yang lain .
6. 4. Guru kemudian menunjukkan dua buah bekas yang berbeza,dan menanyakan murid tentang isipadu cecair dalam bekas.
botol dengan besen
7. 5. Guru bertanyakan tentang perbandingan isipadu air dalam botol mineral dan besen Murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral adalah “lebih banyak” ( kerana lebih tinggi).
8. 6. Guru memanggil murid untuk mengukur kandungan air menggunakan gelas dan menyatakan bilangan gelas bagi botol mineral dan besen tadi. Dan mencatatnya di jadual yang tersedia.
Bekas | Bilangan gelas air |
botol mineral | |
mangkuk |
9. 7. Murid menyatakan bahawa besen mengandungi lebih banyak air berbanding botol mineral.
10. 8. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan menyukat bilangan kandungan air bagi setiap stesen yang disediakan menggunakan cawan dan mangkuk kecil , Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain mengikut arah putaran jam.
11. 9. Murid perlu mencatatkan jumlah yang diukur di dalam lembaran kerja 1 dan memutuskan bekas mana yang mempunyai lebih banyak isipadu cecair.
bekas | Bil gelas air | Bil mangkuk air | Bil cawan air | Bil mug air |
Besen | ||||
Botol mineral |
· Isipadu air dalam besen ialah_________________.
· Isipadu air dalam botol mineral ialah________________.
· Bekas ____________mengandungi Isipadu air yang lebih daripada bekas_____________.
12. 10. Setelah selesai wakil kumpulan akan membentangkan keputusan merekadan menyatakan bekas yang mengandungi lebih banyak isipadu cecair berdasarkandapatan .
13. Murid diedarkan lembaran kerja .
5. Kemudian, mintalah murid untuk membincangkan penemuan mereka .dan menyusun semula bekas mengikut isipadu cecair yang lebih banyak .
Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawaian
Aktiviti 1-murid lemah
Aktiviti 2 : Kumpulan murid pandai .
1.Guru menunjukkan gambar lima buah bekas yang tidak sama saiz dan minta murid menyusun mengikut isipadu yang lebih banyak .(bekas yang berlainan ketinggian )
2. Murid menyusun dan melabel sebagai bekas A,B,C,D dan E.
3. Setiap kumpulan diberi alat pengukur iaitu gelas.
4. Setiap kumpulan akan mencatatkan jumlah gelas air yang diperlukan untuk diisi dalam setiap bekas yang diberikan.Murid mencatat jumlahnya.
1.Guru menunjukkan gambar lima buah bekas yang tidak sama saiz dan minta murid menyusun mengikut isipadu yang lebih banyak .(bekas yang berlainan ketinggian )
2. Murid menyusun dan melabel sebagai bekas A,B,C,D dan E.
3. Setiap kumpulan diberi alat pengukur iaitu gelas.
4. Setiap kumpulan akan mencatatkan jumlah gelas air yang diperlukan untuk diisi dalam setiap bekas yang diberikan.Murid mencatat jumlahnya.
Bekas | Jumlah air(gelas) |
A | |
B | |
C | |
D | |
E |
5. Kemudian, mintalah murid untuk membincangkan penemuan mereka .dan menyusun semula bekas mengikut isipadu cecair yang lebih banyak .
6.Guru memberitahu murid , bahawa isipadu cecair akan ditentukan berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas lebih banyak jumlah air yang diperlukan untuk memenuhkannya ketinggian air tidak mempengaruhi isipadu sebaliknya bekas .
Aktiviti 1-murid lemah
1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan dua buah bekas yang tidak sama saiz.(botol mineral 1L dipenuhkan dan
besen 4L diisi separuh )
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas
yang manakah mengandungi air yang banyak.
( murid cenderung mengatakan bahawa botol mineral lebih banyak kerana paras air lebih tinggi )
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat isipadu air dalam botol dan dalam besen tadi.dan mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak (apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda
yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.
8. Murid-murid diminta mencuba aktiviti yang sama dalam kumpulan menggunakan beberapa
bahan lagi untuk membezakan kuantiti air yang terkandung di dalamnya iaitu " Yang manakah
mempunyai isipadu air yang banyak?" seperti di di bawah;
a) 2 biji botol mineral dengan 1/2 jug air = _______________________________
b) minuman kotak dengan botol air = ______________________________
c) botol air dengan jug air = ______________________________
A aktiviti 2 -murid pandai
1. Guru menerangkan maksud isipadu cecair.
2. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair menggunakan silinder penyukat.
3. Guru menunjukkan dua buah bekas yang tidak sama saiz.
4. Guru melabelkan dengan label A dan satu lagi dengan label B
5. Kedua-dua bekas tadi diletakkan berhampiran. Murid-murid diminta menyatakan bekas
yang manakah boleh mengisi air yang banyak.(murid menganggar)
6.Dengan menggunakan silinder murid menyukat air dan diisi dalam botol dan dalam besen ,murid merekod dalam jadual dan membuat kesimpulan .(mengetahui bahawa isipadu air dalam besen lebih banyak apabila disukat menggunakan silinder penyukat )
Murid menyatakan bahawa
"isipadu air dalam besen lebih banyak kerana besen dapat mengisi sebanyak 3L air berbanding botol yang hanya boleh mengisi 1L."
7. Guru merumuskan bahawa isipadu cecair tidak boleh disukatkan melalui saiz benda
yang menakungnya tetapi ianya perlu merujuk kepada kuantiti air yang terkandung di dalamnya.aktiviti boleh diteruskan dengan bekas yang berlainan .
Bagi murid pandai ,alat piawaian lebih sesuai digunakan untuk menyukat kuantiti air manakala bagi murid yang lemah adalah lebih sesuai menggunakan alat bukan piawaian .
ak
Rumusan
Rumusan
Untuk memahami topik ini pelbagai bahan dan alat boleh menggunakan pelbagai jenis bahan buangan seperti botol mineral, bekas isi makanan dan botol-botol lain yang mudah didapati di sekeliling murid sebagai bahan bantu mengajar. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pasti dapat membantu pelajar dan seterusnya mengatasi masalah yang selalu dihadapi oleh murid dalam topik isipadu cecair. Murid akan dapat membanding dan mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.
4. http://www.youtube.com/watch?v=nGTC1lkon_I&feature=related
Rujukan :
Mok Soon Sang .( 2003 ).A primary Education course in Mathematics for post graduate
diploma(K.P.L.I ). :kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Subang Jaya .
Sharipah Ab .Rahman ,Nor Hawan Misran,Rubaidah Ismail,Murugiah Velayuthiam(2009)
. HBMT 1103 Introduction to Mathematics Education .Meteor Doc Sdn.Bhd.Selangor
Liew Su Tim, Chan juat Eng. (2003). Mathematik Textbook Part 2 Year Two. Johor : YPJ
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Liew Su Tim, Chan juat Eng. (2003). Mathematik Activity Book Part 2 Year Two. Johor
: YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Murugiah s/o velayutham, kao Thuan Keat.. (2010). HBMT2103 Teaching Mathematic In
Year Two. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Mathematik Tahun 2.
Kementerian Pelajaran
No comments:
Post a Comment