MATHEMATICS YEAR 2

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES



HBMT 1203 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO ROHAYU BINTI ABD.RANI



771205-02-6278



( SEMESTER SEPTEMBER 2010 )



Penghargaan



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat juga akhirnya saya menyiapkan dan menghasilkan tugasan ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Matematik yang terlibat , atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh tugasan ini . Banyak input yang diberikan terhadap penghasilan tugasan ini . Tanpa tunjuk ajar beliau, saya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan –rakan seperjuangan yang disayangi atas sokongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, tentu sukar untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan penghasilan tugasan ini .



Terima kasih ,



ROHAYU BT ABD RANI



771205-02-6278







ISIPADU CECAIR TAHUN 2



Setiap hari kita akan menggunakan unit ukuran dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah ukuran panjang, timbangan berat ataupun ukuran yang berkaitaan dengan isipadu cecair. Pengetahuan tentang unit ukuran ini ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik Sekolah Rendah iaitu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).















Tajuk pengukuran lebih banyak memerlukan aktiviti fizikal seperti mengukur objek, seperti panjang atau pendek, tinggi atau rendah, berat atau ringan, atau banyak atau sedikit kapasiti sesuatu bekas. Aktiviti-aktiviti fizikal seperti ini membolehkan para pelajar memahami konsep ukuran dan juga konsep nombor.















Topik utama yang dibahaskan dihalaman ini ialah tentang pengukuran Isipadu Cecair . Langkah pertama dalam aktiviti mengukur isipadu cecair ialah tentang apa yang hendak diukur. Bagi murid-murid sekolah pada umur 7 hingga 8 tahun, adalah sukar bagi mereka untuk memahami konsep pengukuran isipadu cecair. Oleh yang demikian ,2 tayangan video telah di edit untuk memudahkan dan menjelaskan lagi tentang bagaimana ke salah fahaman ini terjadi.Kemudian beberapa ABM telah dikenalpasti untuk digunakan bagi memastikan konsep tentang keabadian cecair dapat difahami oleh murid.Cara penggunaan ABM juga ditunjukkan sebagai panduan bersama.mudah-mudahan ianya mendatangkan manfaat kepada semua....







Saturday, November 17, 2012

beres...

sume dah beressss....best...

No comments:

Post a Comment